tindakan terkini ini akan menimbulkan rasa kurang senang pembaca. Manakan tidak, menurut laporan akhbar MalayMail, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang pembahagi bangku keluli yang dicat hijau untuk menyekat pengguna tidur di atasnya. Dengan kata lain, menyekat gelandangan tidur di atas bangku tersebut.
Menurut seorang gelandangan yang bernama Foo, dia biasanya mengutip barang yang boleh dikitar semula dari timbunan sampah yang dibuang oleh pemilik kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berkata kini dia terpaksa tidur di atas jalanraya.Foo adalah antara ribuan kehilangan tempat tinggal, yang telah membuat jalan dan lorong di bandar Kuala Lumpur sebagai rumah mereka.
Seorang pegawai media DBKL yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan bahawa Dewan Bandaraya memasang pembahagi untuk menghalang gelandangan tidur di atas bangku itu.
“Adakah anda rasa orang awam akan duduk di atas bangku itu lepas gelandangan tidur di atasnya? Ia adalah hanya untuk memastikan ia tidak disalahgunakan, “kata pegawai itu ketika dihubungi. Kementerian tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.
Anda sebagai rakyat Malaysia, adakah anda rasa tindakan ini wajar? PIKIR-PIKIR KAN......
No comments:
Post a Comment