Thursday, September 4, 2014

Pelajar Baru Perlekeh UiTM Di Laman Sosial

Shah Alam, seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial twitternya.


Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.


"Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i'll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!", kata pelajar yang dikenali dengan username @mieruuzairis yang juga dipercayai mendapat tawaran pengajian perubatan UiTM.


"None of the universities in Malaysia can beat UiTM's MDS when it comes to silly slot and wasting time" tambahnya lagi di laman sosial sama.














Wartawan UNC sempat menemuramah beberapa mahasiswa UiTM berkenaan respon mereka tentang pelajar tersebut, rata-ratanya kecewa dengan tindakannya sebagai pelajar baru yang hanya bergelar sebagai mahasiswa selama 3 hari dan telah menunjukkan sikap yang tidak bersyukur selain memalukan UiTM.


Amier Atief, penuntut Asasi Undang-undang UiTM dalam responnya menjelaskan tindakan pelajar ini memperlihatkan bahawa dia langsung tidak bersyukur mendapat tempat di UiTM, manakala Firdaus Zaki dalam kenyataannya menjelaskan pelajar tersebut hanya inginkan perhatian.


Media UNC turut mendapatkan komen melalui twitter antaranya ialah respon daripada Syahmi Suhaimi berkenaan pelajar tersebut; "Antara anak melayu yang tak reti menghargai pengorbanan orang lain. Hanya mahukan kesenangan untuk diri sendiri.


Dalam pada itu, Media UNC sempat menghubungi pegawai HEP yang terlibat dengan kursus orientasi, Minggu Destini Siswa UiTM, beliau menjelaskan bahawa keadaan kursus terkawal dan sentiasa mendapat perhatian Bahagian Hal Ehwal Pelajar.


Jelasnya setiap slot yang disediakan adalah lebih kepada mempermudahkan mahasiswa itu sendiri sebagai pelajar baru supaya dapat menyesuaikan diri di alam universiti selain diuruskan oleh fasilitator yang terlatih.


Walau bagaimanapun, sebaik ditanya responnya berkenaan status twitter pelajar tersebut, jelasnya tegas dengan harapan agar pelajar itu digugurkan kerana terlalu bersikap angkuh dan sombong selain berpotensi memalukan UiTM pada masa akan datang.


Tambahnya lagi, lebih ramai diluar sana pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang memilih UiTM tetapi terpaksa membuat rayuan kerana tidak mendapat peluang.


Sebelum itu UiTM dilaporkan menerima lebih 3000 mahasiswa dengan jumlah keseluruhan mencecah 2279 siswi dan 1014 siswa sehingga tengahari tadi.

SUMBER : http://www.universitynewscapital.com/2014/09/pelajar-baru-perlekeh-uitm-di-laman.html

No comments:

Post a Comment