Monday, September 1, 2014

Gambar Pelamin Dan Karpet Merah Dalam Masjid Dikecam



2 Gambar hiasan pelamin dan karpet merah dipasang di dalam masjid ini mendapat kecaman teruk di laman sosial, memasang bunga manggar tu pun dah terlebih-lebih.


Tidak tahu dimana silapnya tapi yang pasti keluarga pengantin ini sememangnya jahil dalam bab nikah kahwin dan adab-adab serta perkara-perkara yang dilarang dalam upacara perkahwinan di dalam masjid.

Menurut petikan majlis fatwa negeri selangor perbuatan ini bertentangan dengan hukum islam.



Huraian Tajuk/Isu: Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah dimajukan dengan pertanyaan berkenaan dengan terdapatnya pelamin pengantin di Masjid Negeri Selangor untuk pengantin yang mengadakan upacara akad nikah di Masjid tersebut.

Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 24 Januari 1987 membincangkan mengenai Tempat Pelamin Pengantin Di Masjid Negeri Selangor. Mesyuarat memutuskan tidak setuju bahawa pelamin pengantin diadakan di Masjid Negeri kerana ia bercanggah dengan adab-adab dalam masjid dan perkara tersebut juga bertentangan dengan hukum Islam.

Keterangan/Hujah: Tersebut dalam kitab AI-Fikh AI-Islami Al-Muyassar Fi-aal a'qaid Wal'ibadat Wal'muamalat 'alal-Mazahibil-Arba'ah Abdul Halim Mahmud Musa :

Sangka baik mungkin pihak masjid ini telahpun memberi nasihat kepada keluarga pengantin ini. Begitulah harapnya kerana jikalau pihak masjid merestui apa yang berlaku maka bolehlah dikatakan pihak masjid ini pun jahil juga.


No comments:

Post a Comment