Saturday, August 30, 2014

muka bayi bengkak terok akibat digigit semut yang paling digeruni umat manusia


Menerusi mymediahubonline.blogspot.com Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.

Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.

Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.
pengguna Facebook berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook.








Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.

Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi.

NEGARA PERTAMA DI DUNIA HARAMKAN ISLAM, MULA RUNTUHKAN MASJID-MASJID! (4 GAMBAR)



Terkini, masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan setelah negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan bagi melarang komuniti Muslim di negara tersebut dan perkembangan agama Islam. Kerajaan mereka kini sedang giat mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.






Jose Edurado dos Santos iaitu Presiden Angola dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.





Sementara itu Menteri Kebudayaan Angola iaitu Rosa Cruz de Silva , berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.

” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.





DALAM perkembangan lain, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola yang mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka sangat melampau dan tidak masuk akal. Tindakan mereka ini langsung tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” kata tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengklasifikasikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar di dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” kata Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang sangat tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan anggota al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat sebenarnya hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di negara itu

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana jua mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

Friday, August 29, 2014

GEMPAR! BAPA MAKAN ANAK SENDIRI UNTUK RITUAL SIHIR



Ngeri! Bagai mana seorang bapa boleh memakan anak nyer sendiri

Warga dari sebuah kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemukan seorang lelaki berlatar belakang pengguna dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir. Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu.

Setelah mengetahui bahawa ayah memakan anaknya, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, tempat dia ditahan setelah melalui perjuangan yang singkat. Polis mengatakan penemuan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang dideritanya.

Ketua PolisTabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk ditanyai sejumlah pertanyaan. “Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri,” kata Sersan Tapea. “Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam,” katanya.

Sersan Tapea mengatakan tersangka utama telah dikenal . “Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upaya untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti,” katanya.
Tape juga mengatakan tersangka memiliki catatan sejarah panjang tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal semacam itu terjadi padanya. “Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah,” katanya.

Pada 2009, diperkirakan sekitar 50 orang terbunuh dalam pembunuhan terkait sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup.
Sejumlah misi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengerahkan segala upaya untuk mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi.


Ade kah patut? Sunggguh kejam dan tak berperikemanusiaan ...

SUMBER : http://taotauajer.blogspot.com/

Thursday, August 28, 2014

BENDERA MALAYSIA BERKIBAR MEGAH BERSAMA BENDERA HAMAS DI TENGAH RIBUAN RAKYAT GAZA YANG KELUAR MERAIKAN KEMENANGAN HAMAS. (4 GAMBAR)

Bendera Malaysia berkibar megah bersama bendera HAMAS di tengah ribuan rakyat Gaza yang keluar meraikan kemenangan HAMAS. Kegembiraan jelas terpancar!




Rakyat Palestin beramai- ramai menyambut kemenangan mereka dalam peperangan kali ini.


Gaza: "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel.



Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman."Saya juga bersama-sama dengan rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.



"Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan.


"Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran.


"Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang paling utama," katanya selepas dihubungi Harian Metro, di sini, awal pagi tadi.


Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza.


Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini."


Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.


Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini.
Takbir, ALLAHU AKBAR !!!

SUMBER: http://taotauajer.blogspot.com/

Wednesday, August 27, 2014

PEMBONGKARAN - KENAPA NASA MENYEMBUNYIKAN FAKTA MISTERI DI SEBALIK KOTA MEKAH




Kenapa Dunia Sembunyikan Fakta Besar Tentang Ka’bah? Seperti mana yang kita tahu titik tengah bumi bagi sistem masa asalnya merujuk kepada masa solar di diterima pakai sebagai masa standard global ialah Greenwich Mean Time (GMT)





Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Makkah adalah pusat bumi yang sebenar.“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”


Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.





Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)


Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.


Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:


“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)


Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.


Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.


Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.


Allah berfirman lagi yang bermaksud :

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)


Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy ,

sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”



Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)


Baik.. kita balik pada Neil Amstrong dan Fakta kajian saintifik


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Fakta ini juga telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.



Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.



Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .


Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.



Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. .


Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang . Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).





Peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah


Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.




Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.


Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.


Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:



‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.


Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.


Makkah atau Greenwich ?

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.


Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.


Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.



“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
SUMBER: http://taotauajer.blogspot.com/

SUBHANALLAH! - KEAJAIBAN SEWAKTU PEPERANGAN GAZA DIANTARA PALESTIN DAN ISRAEL

Di sebalik huru-hara perperangan yang berlaku di antara Israel dan Palestin terdapat al kisah yang pelik dan ajaib berlaku sewaktu perperangan tersebut. Dimana Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:





Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:





Peristiwa 1


Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!


Peristiwa 2


Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3


Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4


Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!


Peristiwa 5


Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 6


Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?


Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

TERGEMPAR! - BENARKAH MARIKH BAKAL KELIHATAN SEBESAR BULAN pada 27 OGOS ?


Antara perkara yang diperkongsikan dilaman Facebook dan juga di Whatapps mengenai berita’ mengenai kemunculan Marikh yang menjadi ‘sebesar’ atau ‘seterang’ Bulan, dan bagaimana kita akan dapat lihat ’2 buah bulan’ di langit, pada tarikh 27 Ogos, MUNCUL KEMBALI!




Pasti nyer ramai yang tertanya-tanya benarkah fenomena Marikh sebesar Bulan bakal berlaku 27 Ogos 2014 ini?

Ok jom kita tengok mesej apa yang muncul berkaitan dengan isu ini:

On 27th August 2014 there will be two moon. The whole world is waiting for it. On this day Mars will be very bright and like moon everyone can see it with naked eyes. This day it will be 34.65 M Miles away from earth.
On this day do not forget to see this at 12.30 night. Because you will see two moons in the sky. This event will happen again in the year 2287. Please share this with all. Because those who are living now cannot see it second time in the year 2287.


Dan muncul pula versi terjemahan Bahasa Malaysia



BINTANG MARIKH
Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.
Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287. Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.

Dan dunia Whatsapp pun terkena juga! Mesej lebih kurang sama, cuma lebih cute kerana banyak emoticon!

Walaubagaimanapun ANGKASA nafi berlakunya bulan berkembar dan planet marikh sbesar bumi pada 27 Ogos

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini menafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada Rabu depan (27 Ogos), seperti yang tersebar di laman sosial dan khidmat pesanan ringkas.
Menurut kenyataan ANGKASA, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.
Pada jarak itu, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.
Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh.
Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan. - bernama

Monday, August 25, 2014

WAHH!! COMELNYA anak Scha Al Yahya dan awal



Penantian untuk menatap wajah anak Scha Al Yahya akhirnya terjawab apabila beberapa keping gambar dimuat naik odi laman Instagram Scha.


Memang comel anak Scha ni. Turut menyambut kehadiran Lara Lodin ialah Lisa dan Yusri. Jom saksikan gambar selanjutnya dibawah...




Sunday, August 24, 2014

FUHH !! Akhirnya PROTON PCC menunjukkan rupanya, menarik kan?



PCC adalah model Proton yang menggunakan gaya rekaan terbaru yang lebih menarik dan berbeza dengan model-model sebelumnya. Walapun dalam keadaan gambar yang begini kita masih dapat melihat perincian pada gaya rekaan tersebut. Maklumat terbaru yang diterima, berkemungkinan pra-pelancaran (soft launch) model ini akan dibuat sebelum akhir bulan ini. Apa pendapat anda?

* Akhirnya PCC menunjukkan rupanya, menarik kan? Saya rasa ini mungkin versi 1.6 Premium.

SUMBER : http://funtasticko.net/

FUHH LOL!! komen paling rare untuk NORA DANISH

FUHH GILER!! Pembantu rumah kantoi kencing dalam masakan

kemungkinan pembantu rumah melakukan aktiviti ni samada mnyampah dgn tuan/puan rumah takpun mmg nk sihir tuan rumah..
morale of story-hati2 dgn pembantu rumah anda xkira warga apa sekalipun.wallahu'alam..


VIDEO DI BAWAH

Saturday, August 23, 2014

LOL!! RESULT SPM DI TAYANG KAT PLAT KERETA


LOL!! RESULT SPM  PON BOLEH TYANG KAT PLAT KERETA

Allahuakhbar!! Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Dilantik Naib Ketua Ulama Sedunia





Berikut ada petikan daripada FB Nik Mohamad Abduh:


"Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dipilih sebagai salah seorang daripada 3 naib ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh ulama tersohor, Al Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi.




Pencalonan beliau oleh Syeikh Qaradhawi sendiri telah disokong oleh ahli kesatuan.

Semoga jihad ke arah kesatuan umat di bawah panji syariat Islam menjadi kenyataan.




Tahniah buat tuan guru. Rakyat Malaysia berbangga dengan ilmu dan amalmu.. "




Friday, August 22, 2014

Foto anak-anak mangsa nahas pesawat MH17 yang meratapi kehilangan mereka yang tersayang


Foto anak-anak mangsa nahas pesawat MH17 yang meratapi kehilangan mereka yang tersayang paling mendapat tumpuan di media sosial hari ini.

Foto-foto berkenaan menjadi perkongsian pengguna media sosial yang ternyata terkesan dengan gambaran pilu yang meruntun hati.

Antara lain adalah gambar kesedihan yang dirasai satu-satunya anak lelaki kepada pramugari, Allahyarham Mastura Mustafa iaitu Muhriz Marzaidi yang tidak dapat menahan air mata sejurus melihat keranda ibunya.

Muhriz yang berumur 10 tahun menangis teresak-esak dan merayu ingin melihat wajah ibunya.

Jenazah Allahyarham Mastura disemadikan pada pukul 3 petang dengan disaksikan kira-kira 2,000 orang

Turki akan hantar bantuan kapal penjana kuasa ke Gaza!


Menteri Tenaga dan Sumber AsliTurki  Taner Yildiz berkata sistem tenaga yang telah benar-benar runtuh di Gaza . "Kami akan menghantar sebuah kapal yang menjana 100 megawatt elektrik ke Gaza luar pesisir di kira-kira dua hingga tiga bulan. Kapal itu akan dibawa ke Gaza oleh sebuah syarikat swasta dan akan berlabuh di pelabuhan nelayan selepas kami mendapatkan kebenaran undang-undang. Ini adalah yang paling cepat penyelesaian pada masa ini. Israel mencecah 10 loji tenaga di Gaza, yang bermaksud hilangnya 120 megawatt tenaga untuk Gaza City. tumbuhan tenaga di Gaza tidak boleh beroperasi sekarang. ini bermakna Israel perlu menggantung sekatan dan tenaga sekatan ke atas jalur Gaza bagi membolehkan kuasa untuk dihantar ke bandar, "katanya.

Yildiz juga menyatakan bahawa rakyat Palestin mempunyai akses kepada bekalan elektrik hanya empat jam sehari dan berterusan, "Ada orang-orang tua dan sakit, oleh itu kita perlu untuk memenuhi keperluan elektrik di hospital dan sekolah-sekolah tidak lama lagi. Saya percaya sikap Israel terhadap kekurangan tenaga di Gaza akan berbeza daripada jawatan sekarang sejak mempunyai akses kepada tenaga adalah isu kemanusiaan. "





\