Saturday, August 2, 2014

BENARKAH TIADA NEGARA SEBERANI MALAYSIA YANG SANGGUP MENULIS DI PASPORT IA " ANTI ISRAEL "




 SEMUA orang tahu Malaysia bukanlah satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram yahudi, Israel. Semua orang juga tahu oleh kerana ketiadaan hubungan diplomatik, rakyat negara ini dilarang melawat Israel tanpa mendapat kebenaran khas terlebih dahulu.

Tapi berapa ramai orang tahu bahawa pasport Malaysia adalah satu-satu dokumen seumpamanya di dunia yang secara jelas menyatakan penggunaannya tidak sah di Israel? Sebelum 1994, satu lagi negara dimana pasport kita tidak sah digunakan ialah Afrika Selatan yang pada waktu itu mengamalkan dasar Apartheid.

Arab Saudi, Indonesia (negara Islam terbesar dunia)- sekadar menyebut beberapa, pun tidak menyatakan passport negara masing-masing tidak sah digunakan di Israel walaupun negara berkenaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara yahudi itu, hanya Malaysia sahaja yang ada kelebihan tersebut.

Paling hampir seperti Malaysia ialah Iran, itupun larangan memasuki Israel tidak disebutkan secara terus terang, sebaliknya digantikan dengan perkataan larangan memasuki “wilayah Palestine yang diduduki” – merujuk kepada Israel.

FUHHH!!!! mula-mula baca artikel yang kat atas memang saya berbangga..opkos lahh satu-satunya negara yang buat macam tu kan. Namun hakikat nya negara Brunei, Bangladesh serta Pakistan pon menyatakan hal sama rupanya.


sumber artikel : http://utusandaily.blogspot.com/2014/07/benarkah-tiada-negara-yang-seberani.html
                       

1 comment:

  1. TOLONG REVISI JUGA PASPOR INDONESIA DAN IRAN, DAN TULIS JUGA PENGECUALIAN UNTUK NEGARA ISRAEL!!!
    لطفاً در گذرنامه های اندونزیایی و ایرانی نیز تجدید نظر کرده و موارد استثنایی مربوط به کشور اسرائیل را بنویسید!!!

    ReplyDelete