Thursday, July 31, 2014

Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus?



Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus? Masjid ini dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali 

Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus? Masjid ini dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali 
Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus? Masjid ini dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali 
Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus? Masjid ini dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali
 Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus? Masjid ini dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali



Benarkah Masjid Aneh Ini Dibina Oleh Makhluk Halus? | Masjid ini dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

Wednesday, July 30, 2014

8 GAMBAR AIR TERJUN TERCANTIK DI DUNIA YANG ANDA BELUM TAHU


Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai “Honeymoon Capital of the World”.



Dengan ketinggian 979 meter,Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
 

 Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.



 Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan ‘Golden Circle’, tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

 

 Sesuai dengan namanya,Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas

 

 Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.



Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut



                                                      sumber: kelanafana.blogspot.com


Sumber : http://ooo.my/8-gambar-air-terjun-tercantik-di-dunia-yang-anda-belum-tahu/

Israel musnahkan satu-satunya power plant Gaza!!

"The power plant is finished," said its director, Mohammed al-Sharif. Israel laknatullah sengaja memusnahkan loji ini yang merupakan satu-satunya bekalan yang menjana tenaga electrik  2/3 Bandar Gaza. menurut Aqsa Syarif, dengan lumpuhnya power plant ini maka lumpuhlah elektrik di hospital di seluruh Gaza. Israel memusnahkan loji ini atas alasan ramai askar mereka telah terbunuh.Ya Allah kau limpahkan rezeki di bumi Palestin.Kau lahirkanlah idea-idea kepada penduduk Palestin untuk mencari sumber alternatif lain untuk menjana elektrik.

Smoke and flames rise from the Gaza power plant after it was hit by Israeli strikes, in the Nusseirat Refugee Camp, central Gaza Strip, Tuesday, July 29, 2014. Israel escalated its military campaign against Hamas on Tuesday, striking symbols of the group's control in Gaza and firing tank shells that shut down the strip's only power plant in the heaviest bombardment in the fighting so far. The plant’s shutdown was bound to lead to further serious disruptions of the flow of electricity and water to Gaza’s 1.7 million people. Photo: Adel Hana, AP / AP

Gaza power plant




Gaza power plant

Tuesday, July 29, 2014

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

 Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat | Seperti mana yang kita tahu dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi. Dimana yang paling terkini apabila kejadian yang menggemparkan di Yaman apabila munculnya bara api dari tanah, iaitu tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz. Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham.
Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.
Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat (roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. —– Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
*Kewujudan Yakjuj dan Ma’juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi — Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ??
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat — Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar


SUMBER ARTIKEL : http://zaag2010.blogspot.com/

SUMBER GAMBAR : http://www.terowonginformasi.my/

Sumber: Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat | Fuh.My


Wallahualam

Dimanakah kita sekarang? Apakah kita sudah dekat dengan KIAMAT? Harap dengan perkongsian ini kita mendapat sedikit banyak manfaat dan dapat memberikan kesedaran bagi mencapai redha Allah S.W.T sentiasa mengingati sesama ummat.

Sumber: Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat | Fuh.My

Sunday, July 27, 2014

Fakta mengejutkan !! yahudi di Iran

 


Lihatlah ke Iran. Bagaimana Yahudi di negara yang presidennya selalu gembar-gembor akan menghancurkan, mencaci maki bangsa Yahudi.
Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang katanya anti-Zionis!

Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.
 Padahal, orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat. Bandingkan dengan sinagog yang bertebaran di bumi Iran.

Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.
Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Dan mereka menganggap Isfahan sebagai kota yang lebih khusus lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.
Sejarah sudah menyimpan hal ini, dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.
Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak-anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.

Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034: "Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: 'Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi." Ala kuli haal, Yahudi-Yahudi di Isfahan , Iran selalu mengenakan selendang. Wallahu alam bi shawwab.

Saturday, July 26, 2014

BENARKAH ASTRO BERI KONTRAK KEPADA SYARIKAT ISRAEL?


"Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak 'Subscriber Management System' oleh Astro. Rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin"

KENYATAAN AMDOCS

Amdocs pada Rabu mengumumkan bahawa mereka telah dipilih oleh ASTRO ALL ASIA NETWORK plc MEASAT Broadcast Network Systems (Astro) untuk melaksanakan generasi Astro seterusnya yang digabungkan dengan Subscriber Management System, yang merangkumi urusan bil, pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) dan order management solution.

Kontrak ini akan membolehkan Astro menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pelanggan, dan juga mengurangkan kos.

Kontrak itu dianggarkan bernilai berjuta-juta dolar bagi penyediaan perisian (software) dan perkhidmatan.

http://www.haaretz.com/mobile/amdocs-bags-malaysian-paytv-contract-with-astro-1.129083?v=FBFF039E01C92C05078F83BD97EE5A19

Pengesahan status Amdocs sebagai syarikat milik Israel

Ditubuhkan 30 tahun yang lalu sebagai pemaju perisian untuk direktori telefon, Amdocs dikatakan merupakan salah satu syarikat Israel yang paling berjaya dan konsisten.

Dalam mengharungi kejayaan, Amdocs terus kekal mempertahankan ciri-ciri Israel dalam organisasi tersebut.

http://www.haaretz.com/mobile/behind-the-scenes-at-the-company-behind-the-scenes-1.467391?v=8CB8BFF520D7AFCB8587EEE59590C261

Subhaanallah, matahari yang bersinar di tengah malam

 

Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.

Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.

Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.

Friday, July 25, 2014

Video: Sniper Al-Qassam Tembak Mati Tentera Israel

Brigade Izzuddin al Qassam kembali memuat turun sebuah video seorang tentera Israel ditembak mati di sempadan Gaza-Israel di tangan sniper Palestin.


Dalam video berdurasi 25 saat tersebut, seorang tentera Israel yang sedang berdiri tiba-tiba rebah ditembak oleh sniper Palestin.
                                                               




Al Qassam mengaku bertanggung jawab atas pembunuhan tersebut yang berlaku pada 20 Julai 2014.

Thursday, July 24, 2014

Israel Rayu Amerika Benarkan Kapal Terbang Mereka Mendarat di Israel





Media Israel dan Reuters melaporkan bahawa beberapa orang pegawai tertinggi Israel termasuk PM Benjamin Netanyahu menghubungi para pegawai Amerika untuk merayu supaya kapal terbang US dibenarkan mendarat di lapangan terbang Ben Gurion, Israel selepas Federation of American Airlines (FAA) bertindak menggantung semua penerbangan sekurang-kurangnya 24 jam.


Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz berkata, "FAA tidak perlu bertindak demikian dan memberi kemenangan kepada pengganas."

Jurucakap Amerika, Jen Psaki berkata, "Notis tersebut dikeluarkan demi melindungi keselamatan warganegara kami."

"FAA akan meneliti perkembangan semasa dan akan mengeluarkan panduan terkini dalam tempoh 24 jam," lapor Reuters.

"Kami tidak akan bertindak bertentangan dengan notis FAA," ujar seorang pegawai senior Amerika. Notis rasmi FAA itu dikeluarkan selepas sebuah roket dari Gaza jatuh 1.6 km daripada Lapangan Terbang Ben Gurion.

Beberapa syarikat penerbangan - Air France (Perancis), KLM (Belanda) dan Lufthansa (Jerman) turut membekukan penerbangan ke Israel atas alasan keselamatan.

Sumber: Middle East Monitor

TERKINI!! pesawat turboprop TransAsia Airways terhempas





pesawat turboprop TransAsia Airways terhempas pada percubaan kedua mendarat semasa ribut petir di sebuah pulau di Taiwan , membunuh 47 orang.

Pesawat, yang mempunyai 72 tempat duduk itu, terhempas berhampiran landasan di Pulau Penghu, barat tanah besar.

VIDEO KEJADIAN : 

Wednesday, July 23, 2014

Kejam Atau Tidak? DBKL Pasang Besi Elak Gelandangan Tidur Atas Kerusi Awam






tindakan terkini ini akan menimbulkan rasa kurang senang pembaca. Manakan tidak, menurut laporan akhbar MalayMail, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang pembahagi bangku keluli yang dicat hijau untuk menyekat pengguna tidur di atasnya. Dengan kata lain, menyekat gelandangan tidur di atas bangku tersebut.

Menurut seorang gelandangan yang bernama Foo, dia biasanya mengutip barang yang boleh dikitar semula dari timbunan sampah yang dibuang oleh pemilik kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berkata kini dia terpaksa tidur di atas jalanraya.Foo adalah antara ribuan kehilangan tempat tinggal, yang telah membuat jalan dan lorong di bandar Kuala Lumpur sebagai rumah mereka.

Seorang pegawai media DBKL yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan bahawa Dewan Bandaraya memasang pembahagi untuk menghalang gelandangan tidur di atas bangku itu.

“Adakah anda rasa orang awam akan duduk di atas bangku itu lepas gelandangan tidur di atasnya? Ia adalah hanya untuk memastikan ia tidak disalahgunakan, “kata pegawai itu ketika dihubungi. Kementerian tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Anda sebagai rakyat Malaysia, adakah anda rasa tindakan ini wajar? PIKIR-PIKIR KAN......
sumber : http://www.wanista.com/kejam-atau-tidak-dbkl-pasang-besi-elak-gelandangan-tidur-atas-kerusi-awam/
kuala-lumpur

Monday, July 21, 2014

Rakyat Palestin "beraya" lebih awal [berjaya menculik dan menawan seorang tentera rejim Zionis, Sha'ul Aron]





rakyat Palestin "beraya" lebih awal tahun ini setelah Briged Al-Qassam mengumumkan yang mereka berjaya menculik dan menawan seorang tentera rejim Zionis, Sha'ul Aron.

Maruah Israel di mata antarabangsa begitu tercalar dengan penawanan ini.

Jika dalam kes sebelum ini, Ghilad Shalit yang juga ditawan merupakan kunci kepada bebasnya 1027 tahanan Palestin. Kita tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan Al-Qassam dengan tawanan ini.

Teriakan takbir bergema di masjid-masjid, manisan dibahagi-bahagikan, seolah-olah Hari Raya sudah tiba.

Sha'ul Aron ditangkap ketika Al-Qassam menjalankan suatu misi di timur Hayy al-Tuffah, timur Gaza. Di sana Al-Qassam telah berjaya membunuh 14 orang tentera, dan mencederakan lebih 50 yang lain termasuk komander mereka.
 SUMBER AQSA SYARIF  ;https://www.facebook.com/aqsa.syarif?fref=nf

Sunday, July 20, 2014

MH17: Singapore Airlines mohon maaf atas status 'tidak sensitif'


Singapore Airlines (SIA) telah memohon maaf atas statusnya yang dimuatnaik di Facebook berhubung kejadian nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines Khamis lalu.

Syarikat itu juga mengakui bahawa mereka sepatutnya lebih sensitif tentang perkara itu dan sedar status tersebut mungkin dilihat sebagai 'tidak sensitif' oleh sesetengah pihak.

"Kami sedar bahawa maklumat tersebut sepatutnya disampaikan dengan lebih baik dan kami dengan ikhlas memohon maaf jika ia telah mengguris hati pelanggan kami atau sesiapa sahaja dalam komuniti online," 

BENDERA ISRAEL DITURUNKAN DI IRELAND




Bendera Israel di Dun Laoghaire Harbour,Dublin diturunkan dalam bantahan terhadap serangan udara di GAZA.
Bendera itu dimasukkan kerana penyertaan Israel dalam pertandingan pelayaran Eropah namun penduduk meminta untuk bendera Israel diturunkan.

"Walaupun banyak panggilan dan rayuan daripada orang ramai di Dun Laoghaire supaya bendera diturunkan sebagai tanda menghormati orang yang mati, cedera dan trauma di Gaza, Syarikat Harbour setakat ini menolaknya," kata Majlis Hugh Lewis.

Saya telah menerima berpuluh-puluh panggilan dari mereka yang jijik bendera negara Israel sedang terbang pada masa begitu banyak kekejaman dan keganasan dan jenayah perang sedang dilakukan oleh negara ke atas rakyat Palestin.

Lewis berkata beliau dan beberapa aktivis pro-Palestin telah menurunkan sendiri bendera israel.


Friday, July 18, 2014

Alfatihah, Mengalir air mata melihat keadaan penumpang MH17







Alfatihah, melihat gambar ini mengalir air mata,bagaimanapulalah perasaan keluarga mereka,Allahuakhbar hanya engkau yang mengetahui segalanya.Kami ini hanya insan yang kerdil dan engkaulah sebaik-baik perancang.

Wednesday, July 16, 2014

Hangat!! reaksi Warga singapura apabila [polis singapura arahkan turunkan bendera Palestin]


Warga singapura gunakan fb dan twitter untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pihak polis singapura yang mengarahkan menurunkan bendera palestin yang digantung di luar kediaman isnin lalu.

Mereka juga hairan dan mempersoalkan mengapa pihak polis begitu cepat bertindak dalam hal ini, tidak pula apabila warga asing mengibarkan bendera negara China dan Filipina.





Video Ababil berjaya menembusi sempadan Wilayah Israe!!!


Drone yg diberi nama Ababil ini merupakan suatu perkembangan terbaru dalam kecanggihan persenjataan pejuang Hamas. Selain roket buatan mereka yang mampu mencapai jarak sehingga 160 km.
'ABABIL' juga mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!
Dalam sebuah kenyataan singkat, briged Al-Qassam mengatakan bahwa mereka berjaya melancarkan pesawat pengintip di wilayah udara Israel untuk melaksanakan misi khas.

Tuesday, July 15, 2014

JOM MENDERMA KE PALESTIN MELALUI AQSA SYARIF


Add caption
Jom Like fb AQSA SYARIF: https://www.facebook.com/aqsa.syarif/timeline

Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636 atau +6013 744 4760

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"



Monday, July 14, 2014

Israel guna senjata haram.



Dr. Mads Gilbert, dari Norway yang kini berada di Gaza menuduh Israel menggunakan senjata yang haram sepanjang serangan di Gaza.

Beliau berkata demikian semasa sidang media yang diadakan di Hospital Shifaaa di Gaza.
Dr.Mads Gilbert juga menyeru kumpulan antarabangsa supaya mengumpulkan bahan-bahan bukti serangan kerana Israel sejak dari awal lagi menggunakan hampir seluruh ketenteraan tentera membunuh wanita dan kanak-kanak yang tiada apa-apa senjata.
Sehingga kini, 172 warga Palestin di Gaza terbunuh. 
sumber: anadolu agency

BENARKAH POKOK GHARQAD PENYELAMAT YAHUDI?





Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, "Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi." - Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi).

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr. Fadlan Mohd Othman, semua batu akan bercakap kecuali pokok GHARQAD yang tidak akan bercakap. Dari hadis itu, orang Yahudi sudah mempersiapkan diri mereka untuk berhadapan dengan tentera Islam. Walaupun ia mungkin akan berlaku lambat lagi namun persiapan untuk menghadapinya sedang rancak dibuat.

Jelasnya, pokok GHARQAD atau nama lainnya Nitraria Retusa sedang ditanam dengan meluas di Israel dan Palestin untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian. Usaha yang dilakukan oleh Yahudi itu menjadi petanda bahawa mereka juga percaya pada kebenaran Hadis Rasulullah s.a.w. Mereka mengkajinya bukan untuk beriman sebaliknya mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri dan sentiasa menanti saat yang dijanjikan seperti yang disebut di dalam hadis.

Kemudian hadis itu dijawab oleh Yahudi. "Kalaupun benar perkara itu berlaku tapi bukan orang Islam yang berada pada masa terdekat ini." Yahudi sudah mengetahui bahawa orang Islam belum bersedia untuk memeranginya dan menang. Mereka berhujah, mungkin suatu hari nanti masanya akan tiba apabila orang Islam itu cukup kuat untuk mengalahkan Yahudi. Masanya, apabila solat Subuh, ramainya orang Islam mengerjakannya sama macam solat Jumaat, ketika itulah mereka akan rasa gerun kerana orang Islam semakin kuat.

Menjelaskan hal itu, Dr. Fadlan berhujah, untuk memerangi Yahudi, perlukan kekuatan bukannya dari segi ketenteraan dan senjata tetapi dari segi keimanan. Kekuatan umat Islam mestilah setaraf dengan para sahabat ataupun hampir sama dengan para sahabat.      

Dan, salah satu untuk mengukur keimanan adalah dengan solat. Sebab itulah disebutkan, selagi solat Subuh umat Islam belum lagi seperti solat Jumaat, maka ketika itu kekuatan orang Islam belum lagi cukup untuk memerangi dan menang ke atas Yahudi. Di situ, maksudnya, solat Jumaat yang kita perhatikan sekarang ini memang ramai jemaahnya tetapi tengoklah pula ketika solat Subuh memang susah untuk mendapatkan satu saf penuh kecuali ada dua tiga orang sahaja. Kalau dilihat pada keaadaan sekarang memang tidak nampak tandanya lagi bahawa orang Islam itu kuat tapi ia pasti akan berlaku suatu hari nanti. 

Sunday, July 13, 2014

Benjamin Netanyahu Laknatullah keluar dari sidang akhbar selepas mendengar alarm roket.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Laknatullah ini tiba-tiba  keluar dari sidang akhbar pada hari Jumaat di Tel-Aviv selepas dia mendengar alarm roket.

Palestin mengumumkan bahawa mereka menembak roket buatan sendiri dengan julat panjang di Tel-Aviv semasa Netanyahu menyampaikan sidang akhbar.

Briged Qassam mengumumkan ia melancarkan 4 M75s di Tel-Aviv dan roket lain di Dimona di Beer Siva di Negev.

Benjamin Netanyahu



McD tempatan tidak menyumbang kepada Israel?


McD corp US mempunyai puluhan ribu restaurant outlet di seluruh dunia. Setiap outlet perlu mendapat kelulusan dan membayar yuran franchise kpd McD Corp. US. Berapakah revenue (keuntungan yg diperolehi oleh McD Corp US dari cawangan di seluruh dunia setiap tahun? Anda tidak akan mampu menghitungnya. Sebab itu McD pernah mendapat anugerah FRIENDS OF ISRAEL. Mereka menggunakan alasan CEO nya sudah tukar dan mereka tdk sumbang lagi kepada Israel. Ini semua untuk menutup jenayah mereka kpd Palestin. CEO yg diganti dari yg dulu diberikan anugerah dari Israel kerana sumbangannya kpd pendidikan dan kebudayaan Israel dgn membina muzuem holocaust.

Ini bukan dakwaan kosong. Ini adalah hasil dari pertemuan bersemuka. McD tempatan perlu mendapat kelulusan dari McD corp US untuk buka cawangan baru bahkan diberi suntikan modal untuk buka cawangan tersebut sebagai strategi mengembangkan empire McD seberang laut.

McD corp US adalah penyumbang kpd Jewish National Fund, untuk membina imej yang positif tentang Israel di mata dunia. Sudah tentu bila jenayah mereka didedahkan mereka akan menafikan bermatian matian.

Tetapi hakikatnya membantu Israel adalah tanggungjawab agama penganut zionis. Membunuh rakyat Palestin adalah kemuliaan bagi mereka.

Maka mereka akan berbohong dan berkata dengan lunak kepada dunia dan umat Islam mereka tdk menyumbang kpd Israel. Ini hanyalah skrip yg disediakan oleh McD corp US untuk dibaca oleh restoran McD seberang laut.

Menyokong Israel adalah tanggungjawab agama zionis dan mereka tidak akan lalai dalam tanggungjawab ini. Membunuh rakyat Palestin adalah amal yg paling mulia bagi mereka!

Kredit : https://www.facebook.com/aqsa.syarif

600 transformer di taman tema transformer


Zhu membuka taman tema transformer di sebuah kilang 225-hektar yang ditinggalkan di Jiaxing, Zhejiang Province timur China. Taman tema mempunyai 600 patung Transformer dan   ada yang lebih daripada sepuluh kaki ketinggiannya .Ianya telah dipasang dengan bahan kitar semula dari kenderaan lama dan peralatan mesin. Zhu mula membina taman tema pada tahun 2010 dengan wang beliau hasil daripada menjual arca dan menjual apartmennya sendiri di Shanghai. Hidup dan impiannya berbaloi,taman temanya di Jiazing City telah diberi status sebagai tarikan pelancong pada 20 Mac, 2012, yang bererti bahawa Zhu telah berjaya membina taman pertama China bertemakan kitar semula dari bahan besi dan keluli serta karya seni.








Saturday, July 12, 2014

Allahuakhbar!! Tukar plastik kepada minyak petrol di Gaza



Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi  tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.

Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.

Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.

Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.