Thursday, July 24, 2014

Israel Rayu Amerika Benarkan Kapal Terbang Mereka Mendarat di Israel





Media Israel dan Reuters melaporkan bahawa beberapa orang pegawai tertinggi Israel termasuk PM Benjamin Netanyahu menghubungi para pegawai Amerika untuk merayu supaya kapal terbang US dibenarkan mendarat di lapangan terbang Ben Gurion, Israel selepas Federation of American Airlines (FAA) bertindak menggantung semua penerbangan sekurang-kurangnya 24 jam.


Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz berkata, "FAA tidak perlu bertindak demikian dan memberi kemenangan kepada pengganas."

Jurucakap Amerika, Jen Psaki berkata, "Notis tersebut dikeluarkan demi melindungi keselamatan warganegara kami."

"FAA akan meneliti perkembangan semasa dan akan mengeluarkan panduan terkini dalam tempoh 24 jam," lapor Reuters.

"Kami tidak akan bertindak bertentangan dengan notis FAA," ujar seorang pegawai senior Amerika. Notis rasmi FAA itu dikeluarkan selepas sebuah roket dari Gaza jatuh 1.6 km daripada Lapangan Terbang Ben Gurion.

Beberapa syarikat penerbangan - Air France (Perancis), KLM (Belanda) dan Lufthansa (Jerman) turut membekukan penerbangan ke Israel atas alasan keselamatan.

Sumber: Middle East Monitor

No comments:

Post a Comment