Friday, July 4, 2014

Tony Fernandes tutup akaun Twitter


CEO syarikat penerbangan AirAsia, Tony Fernandes mengejutkan semua peminat dan pengikutnya menerusi laman Twitter apabila dia mengumumkan akan menamatkan akaun Twitternya sejak Jumaat lepas.
Menerusi laporan The StarOnline, pengumuman tersebut sempat dirakam menerusi ‘screen shot’ oleh seorang pegawai AirAsia, Danny Gipson.

“Saya akan menutup laman akaun Twitter saya pada hari ini, seperti yang dikatakan, tunggu sehingga pasukan Queens Park Rangers (QPR) berjaya memasuki Liga Perdana Inggeris dan umur saya mencecah 50,  saya mungkin akan buka semula akaun.

“Selamat tinggal semua, mungkin saya akan kembali, saya telah berseronok dan ianya sangat berguna. Sentiasa jujur dan jadi berani,” antara paparan yang dimuat naik menerusi laman Twitter Presiden QPR.
Sementara itu, tindakan Tony melahirkan pelbagai ekspresi dari pengikut dan peminatnya.

Rata-ratanya melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan penamatan akaun Twitter miliknya.

No comments:

Post a Comment