Isu perebutan pengurusan Restoran Nasi Kandar
Line Clear di Jalan Penang di sini, belum ada sebarang penyelesaian walaupun
tempoh dua minggu yang diberi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berakhir
hari ini.
Pengarah Bahagian Perlesenan MPPP, Azman Sirun berkata,
semua pihak yang berkaitan masih diberi peluang dan ruang untuk mengadakan
rundingan sebelum keputusan dibuat dalam mesyuarat pada 20 Jun ini.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan Persatuan Liga Muslim
Pulau Pinang sebelum ini menawarkan diri menjadi orang tengah bagi
menyelesaikan isu perebutan restoran itu antara tiga individu iaitu Sahubarali
China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar dengan
pengurus sekarang, Abdul Hamid SN Seeni Pakir.
"Saya difahamkan mereka berjaya mengaturkan pertemuan
dengan semua yang terlibat. Tetapi kita belum menerima laporan dari Liga Muslim mengenai keputusan dan hasil
perbincangan yang dilakukan.
"Pada 20 Jun ini, kita akan turut panggil Liga Muslim
dalam mesyuarat dan mencari langkah yang terbaik untuk semua pihak,"
http://www.sinarharian.com.my/semasa/line-masih-belum-clear-1.290590
No comments:
Post a Comment