Timbalan Pengarah Jais, Ahmad Zaki Arshad berkata Jais
sentiasa memantau pemegang SPH menerusi Pegawai Pemantau, Unit Pengawasan dan
Audit dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jais agar pemohon mematuhi
syarat pensijilan halal.
"Jais telahpun membuat penambahbaikan melalui pindaan
Prosedur Pengeluaran SPH bagi mengurangkan karenah birokrasi di samping
melancarkan proses pengeluaran SPH kepada pemohon yang terlibat," katanya
dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang
mendapati pengurusan pensijilan halal oleh Seksyen Pengurusan Halal, Jais
kurang memuaskan dari segi pemprosesan baru Sijil Pengesahan Halal (SPH) dan
pemantauan terhadap pemegang SPH.
Ahmad Zaki berkata Kerajaan Selangor menerusi Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri juga telah meluluskan kertas cadangan penstrukturan
semula Seksyen Pengurusan Halal dengan pertambahan sebanyak 51 jawatan.
"Selaras dengan pertambahan 51 jawatan yang diluluskan,
Seksyen PengurusanHalal yang sedia ada akan dikeluarkan dari Bahagian
Penyelidikan dan Pembangunanuntuk menjadi Bahagian Pengurusan Halal di bawah
Jais," katanya. -
No comments:
Post a Comment