Tuesday, June 17, 2014

Bermula hari ini Perodua Viva turun harga sebanyak RM5,300

Perodua mengurangkan harga atas jalan  semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa hari ini, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai  RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

"Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.


"Harga baharu ini akan membantu pengguna di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid

No comments:

Post a Comment