Tuesday, September 30, 2014

Jadi Genius selepas dibelasah Samseng


  Setiap orang sudah semestinya mahukan dirinya menjadi seorang genius. Dalam erti kata lain berilmu dalam sesuatu perkara. Bagi untuk mencapai status genius itu adakalanya adalah secara semula jadi, tetapi ada juga yang sentiasa berusaha untuk ke arah itu. Terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Jason tidak memiliki sebarang kelulusan malah dianggap sebagai budak kurang pintar. Bagaimanapun, semuanya berubah apabila dirinya menjadi genius setelah dibelasah oleh sekumpulan samseng jalanan. Ikuti kisah di bawah ini.


Hanya dalam tempoh satu malam, selepas dibelasah oleh sekumpulan samseng, Jason berubah menjadi bijak sehingga memiliki kecerdasan tinggi yang luar biasa.
Sejak kecil, Jason yang berasal dari Tacoma, Washington bukanlah seorang budak pintar. Malah, hingga ke hari ini, dia langsung tidak mempunyai sebarang ijazah walaupun pernah melanjutkan pelajaran ke kolej.

Bagaimanapun, Jason tidak dapat menghabiskan pelajarannya selepas disingkir kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak kolej.
Dengan gelaran bekas mahasiswa yang dibuang dari kolej, Jason hanya mampu bekerja dan menjawat jawatan sebagai penyelia kedai perabot. Biarpun bekerja, banyak masanya dihabiskan dengan berpesta dan berpoya-poya. Pendek kata, dia berminat dengan dua perkara sahaja, bekerja dan berhibur di kelab malam.

Sehinggalah pada suatu malam, ketika dia berjalan keluar selepas berpesta di sebuah kelab karaoke di Tacoma, Jason diserang oleh sekumpulan samseng. Mereka memukul dan menendang kepalanya berkali-kali semata-mata mahu mencuri jaket kulit yang dipakainya berharga $99 dolar.
Ketika itu menurut Jason, tiada apa yang boleh dilakukannya selain memikirkan mati. Dia sedaya-upaya melawan dan cuba mengecam wajah-wajah suspek tapi tidak berjaya. Apa yang dilihatnya hanyalah cahaya terang seperti kilat, sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Ajaib, dia bukan saja terselamat dalam serangan itu, malah menerima hadiah berupa misteri matematik. Dua hari selepas kejadian itu, Jason merasakan dirinya ada sesuatu yang berbeza. Dia tiba-tiba mampu melukis diagram yang mewakili rumus-rumus matematik dalam pelbagai bentuk format.

Formula dalam bentuk gambar rajah ini dipanggil Fractals. Malah, gambar Fractals buatan Jason dilihat sangat teliti dan rumit untuk dibuat secara manual. Walhal, sebelum ini dia langsung tidak mampu menggambarkannya sama sekali.
Jason juga tidak lagi melihat dunia dengan cara yang sama seperti kebanyakan orang. Dimana-mana sahaja, dia melihat formula matematik yang kompleks seperti Teorem Pythagoras.
Ibaratnya, mata lelaki ini seperti sebuah skrin yang tidak pernah berhenti memaparkan rumus-rumus dan formula matematik. Malah, setiap benda yang ada lekukan atau lingkaran, semuanya terlihat seperti diagram matematik.

Bakat luar biasa Jason yang terserlah selepas tragedi itu telah menarik perhatian ramai ahli perubatan dari seluruh dunia. Setiap mereka cuba memahami dan mencari jawapan sebenar bagaimana otak berfungsi sehingga berubah sebegitu rupa.
Pakar Neurosains dan Falsafah dari Pusat Neurodynamics, Universiti of Missouri-St. Louis, Profesor Berit Brogaard, antara pakar yang serius ingin mengetahui keadaan otak Jason. Profesor Brogaard bersama pasukannya kemudian terbang ke Finland untuk menjalankan satu siri ujian ke atas Jason.


Hasil pemeriksaan menunjukkan kawasan otak Jason yang mengawal matematik dan imej mental didapati menyala. Profesor Brogaard menjelaskan, kerosakan yang disebabkan oleh serangan itu telah menyebabkan beberapa bahagian otak yang lazimnya tidak boleh diakses terdedah.
Penyelidik percaya, kerosakan yang berlaku pada otak Jason telah memberikannya hadiah yang luar biasa dalam dunia matematik. Keadaan inilah yang membuatkan beliau memiliki kecerdikan luar biasa setara dengan manusia super.

Kebolehan mengagumkan ini menjadikan dia satu-satunya manusia di dunia yang diketahui mempunyai kemahiran dan kepakaran matematik hanya disebabkan oleh kecederaan kepala. Sama seperti ahli matematik yang cemerlang seperti John Nash dalam filem Hollywood, A Beautiful Mind, lakonan Russell Crowe.

Apabila ditanya pendapat beliau sama ada bakat genius itu sebuah hadiah ataupun bebanan, Jason berkata, perasaannya bercampur aduk.Kadangkala katanya, dia benar-benar ingin menghentikan saja bakat baru yang diperolehinya itu. Bagaimanapun, daripada sudut lain, ia sebenarnya memberi banyak kebaikan daripada keburukan.

Menurut Profesor Brogaard, keadaan yang dialami Jason dikenali sebagai Sindrom Savant. Ia adalah suatu keadaan di mana individu dengan gangguan perkembangan saraf, gangguan autisme, terutama spektrum atau kecederaan otak, menunjukkan kapasiti yang mendalam atau kemampuan yang jauh melebihi dari apa yang dianggap normal.Sehingga sekarang, tidak ada kesepakatan tentang berapa ramai orang memiliki keterampilan Sindrom Savant.Namun, berdasarkan perkiraan, satu dari sepuluh orang penghidap autisme mengalami keadaan ini.

KERETA SAMBUNG BAYAR MENYALAHI UNDANG-UNDANG

KERETA SAMBUNG BAYAR MENYALAHI UNDANG-UNDANG | Meskipun sudah dikatakan sambung bayar ini menyalahi undang-undang, namun masih ramai yang melakukannya terutamanya di laman-laman jualan kereta terpakai. Kedengaran seperti murah, lebih cepat dan tidak serumit proses membeli kereta baru. Namun, risikonya adalah tinggi.

“Sambung Bayar” sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk “memindahkan” atau “Sambung Bayar” kemudahan pinjaman bank seseorang kepada orang yang lain.


Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


36B. Mana-mana orang yang bukan pemilik, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran daripada penyewa berkenaan perjanjian sewa-beli adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


38. Tiap-tiap orang yang, oleh pelupusan atau penjualan apa-apa barang yang terkandung dalam perjanjian sewa-beli, atau dengan pengeluaran barang-barang itu, atau oleh apa-apa cara lain, defrauds atau cuba untuk menipu pemilik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk menerima, mengambil atau menerima sebarang deposit tanpa lesen yang sah – 1989: Seksyen 25 (1). Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk mengiklankan pengambilan deposit secara haram – 1989: Seksyen 27 (A).


Orang ramai disarankan supaya tidak terlibat dalam apa-apa jenis skim “Sambung Bayar” kereta kerana perjanjian anda tidak selaras dengan undang-undang Malaysia dan tidak mungkin boleh diterima pakai jika perkara menjadi kelam kabut yang memerlukan prosiding di Mahkamah.


Kredit: MyMediaHubOnline

Sunday, September 28, 2014

VIDEO: Reaksi Lelaki Apabila Gadis ‘Hot’ Menjadi Gemuk




KEPADA para gadis di luar sana, kami nasihatkan agar anda tidak terlalu mudah cair dengan ayat ‘rupa paras tak penting’ yang sering diucapkan oleh lelaki setiap kali mahu berkenalan dengan anda.

Tak percaya? Video yang kami kongsikan ini akan menjawab soalan anda.
Ia merupakan rakaman eksperimen sosial yang dilakukan oleh saluran Simple Pickup di YouTubedengan bantuan seorang gadis bernama Sara, 24.





Gadis itu telah dipakaikan dengan sut khas yang menjadikan dia kelihatan gemuk, sekaligus berbeza dengan penampilan sebenarnya di laman Media social.




Daripada lima lelaki yang menemuinya buat kali pertama untuk berkenalan, empat daripada mereka meninggalkannya kerana tidak dapat menerima keadaan fizikalnya.
Lebih melucukan, ada memberi alasan sudah berkahwin dan ada yang menyatakan mahu ke tandas, sebaliknya langsung tidak muncul selepas itu.
Apapun, jom saksikan video dari Youtube yang sudah ditonton lebih lima juta kali dalam masa tiga hari ini.

SUMBER : oomedianetwork.com


Saturday, September 27, 2014

Bahaya Tak Tutup Aurat Dari Kajian Sains




Bahaya Tak Tutup Aurat Dari Kajian Sains | Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)


Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat.


Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.


Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser.


Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah.


Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32) Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser.


Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat.

Sumber Asal : Here

Awas! 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Wajib Anda Tahu



AWAS! 5 RAHSIA BILIK HOTEL YANG WAJIB ANDA TAHU | Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik


Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.



Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.



Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.



Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.



Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik



Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.



Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.



Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.



Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.



Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.



Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka



Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.



Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.



Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.



Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum



Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.



Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.



Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?



Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.



Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik



Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.



Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.



5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

SUMBER: iniblogberita.blogspot.com

ALLAHUAKHBAR!! UMAT ISLAM DI BRITAIN, SEMAKIN RAMAI DAN BERTAMBAH RAMAI!

 Beberapa buah bandar di Britain, termasuk Birmingham menyaksikan jumlah purata kanak-kanak Islam lebih ramai daripada Kristian dan bukan-Islam lain.




Laporan itu dibuat berdasarkan statistik terbaharu yang yang dikeluarkan hasil bancian penduduk tahun 2011. Berikut adalah perbandingan jumlah bilangan kanak-kanak dan dewasa di bandar-bandar berkenaan:




Birmingham
Kanak-kanak Islam : 97,099
Kanak-kanak Kristian: 93,828
Dewasa Islam: 148,145
Dewasa Kristian: 413,474


Leicester
Kanak-kanak Islam: 22,639
Kanak-kanak Kristian: 18,190
Dewasa Islam: 41,376
Dewasa Kristian: 90,952


Bradford
Kanak-kanak Islam: 52,135
Kanak-kanak Kristian: 47,144
Dewasa Islam: 82,037
Dewasa Kristian: 201,865


Newham
Kanak-kanak Islam: 34,041
Kanak-kanak Kristian: 27,769
Dewasa Islam: 68,472
Dewasa Kristian: 98,995


Tower Homelets
Kanak-kanak Islam: 34,597
Kanak-kanak Kristian: 8,995
Dewasa Islam: 56,969
Dewasa Kristian: 60,847


Bedbrige
Kanak-kanak Islam: 24,216
Kanak-kanak Kristian: 21,500
Dewasa Islam: 43,432
Dewasa Kristian: 84,355


Selain Islam dan Kristian, baki penduduk lain didaftarkan sebagai Hindu, Yahudi dan lain-lain.




Profesor Ted Cantle dari Yayasan ICoCo yang bertanggungjawab menggalakkan perpaduan masyarakat Britain berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan kesan aliran masuk penduduk Islam yang berterusan dari beberapa negara Asia ke Britain.


Beberapa pakar pula berpendapat, laporan itu memberi gambaran masa depan yang bakal berlaku ekoran perubahan demografi di seluruh Britain dan sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pergolakan tidak tercetus dalam kalangan masyarakat berbilang agama di negara itu.

SUMBER :  Dailymail

Keadaan Seorang Pelajar Selepas Dibaham Harimau







Baru-baru ini seorang lelaki telah memuatnaik satu video mengerikan dimana seekor harimau sedang membaham seorang pelajar di sebuah zoo terletak di India.Kejadian yang berlaku di sebuah zoo telah menjadi viral apabila video tersebut mendapat hampir 40Juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat dunia.


Sangat sadis dan pelajar tersebut telah maut ketika kejadian akibat cedera parah.Berikut merupakan gambar selepas kejadian tersebut




SUMBER : beritabadass.com

Friday, September 26, 2014

Pemandu Seorang Bilionair Menolak Apabila Diberi 2 Juta, Dan Ini Sebabnya


2 Juta adalah angka yang besar.

Atas dasar hadiah persaraan, seorang bilionair mahu memberikan 2 juta kepada pemandunya. Siapa sangka pemandu itu sanggup menolak tawaran yang sangat baik.

Lebih tidak sangka adalah sebab mengapa dia menolak.

Ikuti kisahnya di bawah:


KISAH PEMANDU LI KA SHING – MANUSIA TERKAYA DI ASIA

Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .

Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau.
Lama kelamaan, selepas bermula secara kecil-kecilan bermain saham melalui curi-curi dengar arahan LKS kepada pengurusnya, pemandu tersebut berjaya mengumpul dana lebih 20 juta.

Moral of the story :

Dalam perjalanan hidup, amat penting untuk kita memilih dengan siapa kita bersama. Bak kata pepatah, cari tandas, ikut lalat, cari bebunga, ikut lelebah, cari jutaan, ikutlah jutawan!!

Bersama orang yang rajin, anda tidak akan malas, bersama orang bertekad anda tak akan murung, bersama orang yang pintar, anda jadi luarbiasa, bersama orang yang hebat, anda pasti berjaya!!!
InshaAllah..

Wednesday, September 24, 2014

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya




APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.


‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.


Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.


Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.


Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.


Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.


Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”


Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?







NGERI! - 5 GAMBAR APABILA BAYI HAMPIR MAUT DIBAHAM BIAWAK BESAR !

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi semalam.



Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata kejadian itu berlaku pada 10 pagi.

“Bayi seberat sembilan kilogram itu diletakkan di atas lantai dapur oleh ibunya yang ketika itu ingin mengambil sesuatu, namun tiba-tiba ibu mangsa terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa."
“Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.


“Haiwan berkenaan dilihat cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran,” katanya kepada Bernama hari ini.




Beliau berkata ibu bayi itu bagaimanapun berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman untuk menerima rawatan.


Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman pada 4.51 petang semalam.


“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu berikutan kecederaan parah yang dialami. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Tuesday, September 23, 2014

DAHSYAT!! Binatang Peliharaan Mike Tyson bernilai US$70,000

                                                                                                                               

Inilah binatang peliharaan  Mike Tyson iaitu tiga ekor harimau putih yang berharga US$70,000.  

Kos yang tinggi termasuk makanan dan jurulatih haiwan akhirnya memaksa dia untuk menjual harimau-harimau itu. Macam-macam..


WOW! - INILAH SENARAI GANGSTER WANITA PALING DIGERUNI DI DUNIA

Jika ditengok pada penampilan mereka, mereka seperti wanita-wanita biasa, namun disebalik itu, mereka adalah gangster wanita yang ditakuti di dunia. Penglibatan mereka dalam 'dunia Kongsi Gelap, Kartel Dadah, Perjudian, Pelacuran dan pembunuhan membuatkan mereka antara gangster wanita yang paling digeruni di dunia.


1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)



Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster di Melbourne. Dia digelar "family matriarch". Penglibatannya dalam dunia kongsi gelap ini menyebabkan 2 suaminya dan 2 anak lelakinya dibunuh. Dia akhirnya ditangka kerana mengarahkan pembunuhan abang iparnya.




2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)




Beberapa tahun yang lalu, kota Chongqing China mengeluarkan tindakan keras terhadap jenayah terancang, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1,500 suspek, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga polisi dari belakang semua orang.




3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)



Dengan gelaran seperti "Ratu Pasifik," Sangat sukar membayangkan Sandra Beltran seorang lanun. Dipendekkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "godmother" Mexico. Bapa saudaranya adalah 'Godfather' seorang penyeludup da dah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia memudahkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara ketika menghadapi pertuduhan jenayah terancang, pengubahan wang haram dan konspirasi .


4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)




Wanita ini menjadi gangster kerana rasa dendamnya ketika saudaranya ditangkap oleh polis Itali. Dia kemudian meneruskan perniagaan yang diceburi oleh saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah markasnya diserbu polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sehingga akhirnya dia menyerah diri.


5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)




Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua Marga Licciardi, dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih teratur, dan lebih mendapat keuntungan dalam segala usaha mereka. Salah satu sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra.


6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)




Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin anda kedengaran tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedaran da dah terbesar yang menguasai timur laut Los Angles. Dia mengatur perniagaannya selain daripada memberikan pendidikan pada anaknya.

SUMBER: Taotaujer

Saturday, September 13, 2014

APLIKASI YANG PALING EFEKTIF UNTUK JEJAK PENCURI TELEFON ANDA




Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.


Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.




Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :


Telefon anda hilang atau dicuri
Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah.







Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..

Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan? -

SUMBER: SiakapKeli.com

Friday, September 12, 2014

RATUSAN TENTERA AMERIKA MENDARAT DI AIRPORT TERENGGANU SEMALAM



Sejak malam tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.

Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya.

Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.

Tuesday, September 9, 2014

Cara Mudah Nak Tahu Kedai Guna Pelaris




“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42)

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)



Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :

“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.

( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Sumber: AnakMuaalaf

Sunday, September 7, 2014

Inilah Merupakan 16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah





Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.



Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.


2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia
Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard
NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barat dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Sumber: mynewshub

Mesti Baca!! Sungai Euphrates Sudah Hampir Kering Tanda Nyata Kiamat


 Menggemparkan apabila Sungai Euphrates di Syria kelihatan hampir kering sepenuhnya. Lihat bukti di bawah ini gambar yang di ambil pada 24 Mei 2014 menunjukkan Sungai Euphrates yang hampir sepenuhnya kering.

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman. Allahuakbar. Mari ambil ikhtibar dan buatlah persediaan wahai sahabatku . .




Mungkin ada ramai yang belum mengetahui perkara ini, apakah yang punca Sungai Euphrates yang semakin mengering?





Punca kering dikatakan adalah kerana Turki memotong air untuk Syria

SubhanAllah ini perkara yang luar biasa sebenarnya..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas yang kita dapat lihat..

Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat TIDAK AKAN TERJADI SEBELUM SUNGAI EFRAT MENJADI KERING dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis dimana Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.

SUMBER : ohterbaik.blogspot.com

KISAH BENAR PENCERAIAN INI MENDAPAT 27,000 SHARE DI FACEBOOK!


Kisah yang syahdu dan penuh pengajaran ini telah mendapat 27,000 lebih share di media sosial. Ini kisah seperti yang diceritakan beliau:


Cerita penceraian aku dengan isteri ini berlaku pada tahun lepas. Kitorang dah sembilan tahun berkahwin dan sudah ada dua orang anak.

Masa itu, aku ada dekat office. Dapat first SMS dari isteri.

"Assalam abang, Ina nak minta cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan."

Tersentak aku. Kenapa pula tiba-tiba? Aku tak balas apa-apa sms dari isteri. Jam pula dah pukul 5, waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 petang.

Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula buka suara,

"Kita ke Tasik Titiwangsa nak?"

Dia jawab ringkas, 'okay'.

Tak jauh pun, dalam 10 minit dah sampai, sebab tempat kerja dia kat area Jalan Ampang. Jalan pun tak jem sangat time itu. Kitorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya,

"Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke,? tanya aku sambil cuba bergurau.

"Sebenarnya Ina dah agak letih. Kesihatan abang tak pernah baik. Setiap pukul 3 pagi, Ina mesti bangun buatkan abang air jus epal untuk ubat sakit batu karang abang tapi tak pernah baik. Malam semalam Ina bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Sampai ke office pula, Pendrive Ina rosak. Dalam itu ada dokumen yang bos nak, Ina dah kena marah. Sampai waktu lunch, Ina beli makanan, bihun tu basi pula. Macam-macam hal jadi hari ini. Nak balik tadi, kaki Ina terpeleot sampai jatuh di depan client. Malulah abang. Ina tak cukup tidur, Ina nak mintak cerai." jelasnya.

Memang betul. Dah lama tapi kesihatan aku tak pernah baik. Aku ditakdirkan terkena batu karang. Dah bermacam kaedah berubat tapi tak juga baik. Dah tiga tahun, ubat tradisional. Aku pun tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yang aku minum itu cuma boleh reduce sakit apa yang aku alami ini. Kalau tak, malam-malam aku mesti berdarah juga la. Financial pula problem sebab anak aku kena hinggap lelah. So duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri,

"Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi Ina dah buat keputusan. Abang berkahwin dengan Ina bersebab. Kalau bukan untuk bahagiakan Ina, untuk siapa lagi? Tapi Ina tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak Ina. Ina berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang minta maaf atas apa yang Ina dah lalui ini. Mungkin tiga tahun masa abang tengah sakit ini banyak membuatkan hati Ina menangis. Tapi takdir Allah ini abang tak boleh tolak. Abang kena teruskan juga kehidupan.

"Abang tunaikan permintaan Ina untuk lepaskan Ina. Abang redha sebab abang sayangkan Ina. Ini pun tanggungjawab. Tapi minggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun minggu depan abang outstation, anak-anak kita pula cuti sekolah. Takut diorang terkejut pula benda yang datang tiba-tiba ini.

"Soal pembahagian anak itu, abang takkan berebut. Kita ada dua orang anak, abang akan ambil yang sulung, Ina ambil yang bongsu. Untuk seminggu ini, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak-anak takkan syak sebab abang akan buka tv sampai pagi masa abang tidur.

"Terima kasih atas jagaan Ina selama sembilan tahun ini. Dah macam-macam kita tempuh. Ina jangan menangis lagi. Air mata Ina itu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nanti, Ina jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi-pagi. Lepas Ina gosok tudung, Ina mesti lupa. Abang tak marah. Kereta Kita ini manual, Ina dah lama tak bawa manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Ina boleh pakai kereta, abang pakai moto je pergi kerja. Safety first Ina, pakai seat belt masa memandu. Ina selalu lupa, tapi abang pakaikan," jelasku panjang lebar.

"Minggu depan? Bolehlah, lagipun masa itu cuti sekolah, Ina akan bawa budak-budak balik kampung. Okay." jawab Ina.

Dalam masa seminggu itu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk juga dan panas sebab aircond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tidur. Tapi Ina tak pernah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk minum seperti kebiasaan. Dah bermacam DVD juga aku tengok kat rumah tu. Walhal tak pernah-pernah tengok DVD selama ini. Cuma tahu beli je. Itupun Ina yang nak sebab lepak mapley je mesti beli satu DVD. Aku dengan dia ini tak sama taste. Manalah aku suka cerita jiwang-jiwang ini. Sampailah cukup seminggu hari sabtu pagi.

"Ina, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?" panggil ku.

"Ye abang, kenapa?" soalnya.

"Abang dah janji dengan Ina, abang nak lepaskan Ina. Abang nak lafazkan cerai,"

Ina terkejut. "Hah? Tak boleh abang. Jangan! Ina sayangkan abang. Ina dah buat keputusan yang salah. Ina minta maaf. Kita balik semula ye abang. Ina lupa dengan janji abang, tapi Ina tak biasa bila abang tak ada. Orang yang boleh faham Ina dengan baik cuma abang. Ina takkan ulang benda ini lagi dekat abang." balas Ina sambil menangis.

Nasib baik anak-anak ada dekat luar rumah, kitorang dekat dapur.

"Abang dah lama ampunkan Ina. Ina tak salah dalam hal ini. Abang pun susah hati bila Ina tak ada. Takdir Allah, tuhan dah baikkan hati Ina. Abang tipu sunat dekat Ina. Sebenarnya abang tak ada outstation. Abang bagi alasan itu sebab abang nak Ina bertenang untuk Ina fikir balik keputusan apa yang Ina dah buat. Abang minta maaf. Dah 9 tahun abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan Ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk. Walaupun Ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa Ina lepas makan, betul-betul buat abang tergelak. Langsung tak cover. Tapi itulah, kalau Ina tak nak kat abang ini, abang makin tua makin tampan. Melepaslah Ina." selorohku.

"Abang niiii!(Ina pun peluk). Ina syampu rambut abang nanti nak? Dah selalu rasa air tangan Ina ni barulah abang tak menggatal." Ina cuba membodek

"Hamboii. Bodek nombor 1. Haha,"

Alhamdulillah, aku dengan Ina tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan itu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle problem ini. Alasan dia sebab dia letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kena tahu, level dia sebagai isteri dia terpaksa buat. Aku tak pernah paksa, cuma aku ini pun orang yang susah untuk bangunkan seawal 3 pagi. Tapi terpaksa dia ini adalah kerja untuk Allah. Yelah, sebab jaga suami kan.

Dari hati yang terpaksa itu dia akan ikhlas. Macam solat, orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan memaksa. Tapi hati ini milik Allah. Lama-lama dia akan ikhlas dan redha. Ikhtiar aku, cuma aku berdoa minta dia dilembutkan hati. Standard orang perempuan, emosi dia ini turun naik. Bila emosi dia naik, moral dia akan down dan marah. Time inilah dia kurang sabar. Bila buat keputusan, memang dia akan ikut apa aja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran dia. Emosi dia tak stabil.

Ina ini agak pelupa. Sebenarnya ada helah kenapa aku bawa dia ke Tasik Titiwangsa dulu masa dia minta cerai. Kat situ mulanya date kitorang dulu. Waktu itu, Ina tersalah dial telefon. Angka cuma lari satu je dari nombor yang dia nak dial tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan je, apa lagi. Gunakanlah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ini sedap didengar sebab suara manja. Lagilah aku lentok. Cuma dia cakap laju je.

Kereta dia tengah problem masa itu sebab tak boleh nak start (kereta kancil ini dah dijual, aku beli kereta baru). Aku bagi dia troubleshoot. Tapi dia tak pandai sebab orang perempuan kan. Bab-bab ini dia tak laju. Kasihan pun ada sebab dengar suara dia dah nak menangis. Lagilah aku tak jadi nak menipu, aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti, kalau dia sudi.

Dia dah start risau, tapi aku bagitau waktu siang ini. Aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia ada rasa ragu-ragu, dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku dan start menjerit kalau nampak aku ini meragukan nanti. Niat cuma nak tolong.

Aku sampai, dan jumper battery dia balik dan kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan diri aku pun. Dia tengok dengan penuh minat dan penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanyalah,

"Dalam kereta awak ini ada payung berger tak?"

Dia tanya kenapa. Aku jawab.

"Kalau ada, saya nak buka kaunter pertanyaan kat sini".

Dia kata aku perlu pula. (Hahaha).

Kereta dia memang kemas dan superb wangi. Dia buka pintu kereta dan ambil air twitter masa itu bagi dekat aku. Aku balas,

"Aih takkan ini je? Nasi-nasi tak ada ke? Kot ada jamuan ringan nanti, jangan lupa call pula. Saya ini kuat makan".

Itulah first aku tengok dia senyum dan gelak. Memang mengekek. 'aih minah ni, ada bela ke?' tanya aku dalam hati. (Hahaha!)

Memang betul. Tiap kali gaduh, first thing yang aku recall, macam mana aku boleh kenal Ina ini dan kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Masa itu dah berlalu. bab ini memang penting. Itulah resepi kenapa aku dengan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamanya. Tapi mata dia memang sangat cantik. Mungki itu sebab kenapa aku terpikat dengan dia kot. Main-main mata dengan aku, mana aku boleh tahan. Cair terus (hahaha)

Sebelum berkahwin dengan Ina ini, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta itu tak nampak. Agak tricky juga, takkanlah tak ada salah langsung. Makan pun elok je sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong pula. (Haha). Tapi masa bercinta dulu Ina dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. So aku tanya kenapa, dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tahu dia seorang yang agak kurang sabar. Dia tak prepare awal sebelum aku nak datang. Orang macam ini dia cepat buat keputusan bila dia marah.

Orangnya sensitif dan dia seorang yang simple. Simple itu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun kakak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, so aku agak dia seorang yang pengemas. bawah katil dia mesti clear tak ada barang. Kalau tak, dia tak senang tidur.

Penyayang, itu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada dan dia riba mayat kucing itu. Kucing itu dah berdarah-darah tapi dia masih boleh riba.

Concern, itu pun sebab dia tengok budak-budak lelaki tak solat, lepak-lepak dekat mapley. Dia tanya aku dah solat belum, dia risau kalau aku tak solat, macam mana aku nak jaga dia esok-esok.

Family first, masa aku kenal dia, dia cepat-cepat bagitau family dia yang dia tengah berkenalan dengan aku. Caring, setiap pagi dia takkan lupa untuk bagi salam dekat aku dan dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai.

Talkative, kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk satu sesi. Tabah, dia pernah sakit tapi dia selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk family dia. Tak nak family dia risau keadaan dia.

Terurus, dia suka pada benda yang wangi, dia secara natural tak ada bau yang mengharukan.

Friendly, dia seorang yang suka berkawan tapi kadang-kadang orang suka ambil kesempatan pada kebaikan dia ini.

Rajin memasak, dia suka kalau bab-bab nak suruh aku try makan ini. tapi dia tetap tak pandai buat nasi goreng. Mee goreng ok. Lagipun dia ini jenis yang tak makan nasi.

Cantik, ini yang kadang-kadang buat aku risau (jealous memanjang). Dia ada kacukan Korea dan dia gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. So aku tak risau. She's really a perfect girl to be married.

Ingat bro, perempuan ini dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama, bila kau buat dia menangis. Time inilah, cerita yang tak ada bakal diada-adakan. Sebab dia confuse. Orang lelaki ini pula suka buat orang perempuan confuse. Bila marah atau kecil hati je diam. Kalau yang panas baran itu, mungkin naik tanganlah. Maki-maki ke. Ini langsung tak gentleman.

Alam perkahwinan ini lain. Susah memang ada, tetapi seronok pun ada. Aku kahwin dengan Ina waktu dia masih muda, dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tetapi pelahan-lahan dia matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatiknya dia akan pandai.

Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab dia tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sampai sekarang dia pandai, baju kemeja aku memang kemas. Member-member mesti tegur, kau pakai baju baru ke ini? (kembang semangkuk sat). Bini pandai jaga, memang tip toplah hasilnya aku ini. (Hehehe)

Belanja aku nasi kandar berbuka nanti boleh? Aku dah penat turunkan ko ilmu ni Nik. Lauk tambah ye. Haha

~ Pengalaman ini diceritakan balik oleh seorang sahabat kepada aku. Baik sebenarnya untuk panduan orang lelaki . Secara overall perangai orang perempuan lebih kurang sama. Cuma tanggungjawab kita untuk lebih memahami. Salam Ahad.