Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah. ~ wikipedia
Masyarakat perlu bijak untuk membezakan antara perkara yang melibatkan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan ibadat yang dituntut dalam Islam.
“Perkara pokoknya, mas kahwin ialah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah, sementara nilai wang hantaran adalah adat dalam istilah perkahwinan orang Melayu.
Pasangan M.Nasir & Marlia Musa menjadi contoh kepada pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 (Tahun 2000) menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Seperti yang dilakukan oleh M.Nasir ketika menikahi Marlia Musa 14 tahun yang lalu, pada masa itu nilai tiga belas keping dinar emas hanya bernilai RM 2,000.00.
Jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Saidina Umar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 916 (22 karat), maka harga bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan hari ini harga 1 dinar adalah RM800, maka jumlah keseluruhannya hari ini telah bernilai RM10,400.00. Dan hari ini dengan RM2000 anda hanya mampu membeli 2 ½ dinar emas sahaja.
Penggunaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang menyebarkan dahwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyebarkan Islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah.
No comments:
Post a Comment