Foto anak-anak mangsa nahas pesawat MH17 yang meratapi kehilangan mereka yang tersayang paling mendapat tumpuan di media sosial hari ini.
Foto-foto berkenaan menjadi perkongsian pengguna media sosial yang ternyata terkesan dengan gambaran pilu yang meruntun hati.
Antara lain adalah gambar kesedihan yang dirasai satu-satunya anak lelaki kepada pramugari, Allahyarham Mastura Mustafa iaitu Muhriz Marzaidi yang tidak dapat menahan air mata sejurus melihat keranda ibunya.
Muhriz yang berumur 10 tahun menangis teresak-esak dan merayu ingin melihat wajah ibunya.
Jenazah Allahyarham Mastura disemadikan pada pukul 3 petang dengan disaksikan kira-kira 2,000 orang
No comments:
Post a Comment